Hari Raya wishes, poems and messages in Malay- V

Hari Raya Wishes

Back to Hari Raya Main Page

Selamat Hari Raya- Ramadhan Menyemai Keinsafan Syawal Memugar Ketakwaan.

(view complete playlist in YouTube)

Herein are Hari Raya Aidilfitri wishes in Bahasa Melayu as published in major papers. Some of the wishes are meaningful and hence I would like to include them here. For some advertisements, there are the English version as well, published earlier today.

View the complete compilation of Raya messages here.

Pantun Raya dari Media Prima: Anugerah Syawal (view iklan asal)

Berakhir sudah ibadah puasa
Kini Syawal berkunjung tiba
Bulan mulia membawa bahagia
Mengikat kasih sesama saudara
Ampun dan maaf ikhlas dipinta
Semoga diberkati semua usaha
Maaf Zahir dan Batin
1 Syawal 1434 Hijrah

Ucapan dari Astro, dalam bentuk cerita (iklan asal):

Dulu cuma sahabat. Sekarang, kaum kerabat.

Nabil dan Adam. Dah kamceng sejak kecil.
Boleh kata macam kembar seiras.
Buat apa, ke mana pun tak boleh nak lekang.
Sampai keluar jumpa awek, masih diajak berteman.
Siapa sangka asalnya hanya peneman, Nabil akhirnya bertemu jodoh degan adik kepada isteri kawan baiknya, Adam.

Kalau dulu cuma bersahabat, kini bertambah rapat jadi sebahagian kaum kerabat.
Barulah hidup bertambah berkat.

Hulurkan ikatan, jalinkan silaturahim bersama.
Bila tersimpul persaudaraan, bersatulah hubugan yang bakal mencetuskan ribuan kemungkinan.

(note: quite meaningful- it takes about a story of 2 best buddies Nabil and Adam- always together. Even dating also must bring the friend along. But it has a happy ending- Nabil found the love of his life….none other than the sister of his best friend’s wife. So now they are a family and are even closer than ever. Very creative ad 🙂 )

Selamat Hari Raya from Digi (iklan asal):

Ketika itu saya berumur 13 tahun. Saya tolong mak sediakan rendang Raya. Rendangnya sedap, sampai sanak saudara dan kawan-kawan datang dari jauh semata-mata ingin merasa rendang mak. Namun pada tahun itu, saya beritahu mak yang saya nak cuba masak rendang. Dia tersenyum and mengagguk, tanda setuju.

Rendang benar-benar menguji kesabaran kita apabila menyediakannya. Rempah ratus haruslah dikisar untuk dijadikan pes. Kerisik ditumis sehingga sempurna. Kombinasi kulit kayu manis, daun limau purut, cengkih, bunga lawang dan pelaga, harus seimbang. Semua bahan-bahan tadi direneh perlahan dengan api perlahan.

Namun bagi saya, perkara yang penting dalam menyediakan rendang ini ialah kesabaran dan kasih sayang. Sebab itu rendang mak paling sedap di dunia!

Setiap Hari Raya, saya cuba menyediakan rendang dengan penuh kasih sayang. Seperti apa yang mak lakukan setiap kali memasak rendang. Tahun ini, anak saya nak belajar memasak rendang. Mungkin dia nak tunjukkan kasih sayangnya kepada kami.

Ucapan Hari Raya (Maxis) (iklan asal)

Ramadhan berlalu Aidilfitri menjelma. Eratkan silaturrahim sesama kita.

Indahnya Hari Raya bila kita berkumpul semula. Jauh dan dekat, tua dan muda bersama-sama meraikannya.
Eratkan ikatan silaturrahim kita, kerana keluarga yang bahagia sentiasa erat bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan Hari Raya (RHB Easy) (iklan asal): Mengeratkan silaturahim di Aidilfitri ini.

Aidilfitri, hari bahagia yang disambut dengan penuh bermakna. Hari kita saling kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan sesama insan sambil menjalin silatulrahim yang lebih erat dengan penuh keikhlasan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin and Muslimat.

Ucapan Hari Raya dari YES (iklan asal): Kaya Raya

Indahnya Hari Raya bila kita berkumpul semula. Jauh dan dekat, tua dan muda bersama-sama meraikannya.
Eratkan ikatan silaturrahim kita, kerana keluarga yang bahagia sentiasa erat bersama.

Makin erat ketika bersama, makin meriah suasana Hari Raya.
Semoga Hari Raya anda lebih Kaya Raya dengan Yes! Dan jalinkan suasana Hari Raya anda lebih mesra dengan detik-detik terindah bersama keluarga dan rakan.
(komen: iklan tersebut diselitkan dengan unsur-unsur moden yang menunjukkan kelebihan menggunakan internet).

Pantun dan ucapan Raya dari BSN (Bank Simpanan Nasional) (iklan asal)

Selama 30 tahun kita seiringan
dalam memakmurkan kehidupan
saling menceriakan dan membahagiakan
untuk kesejahteraan yang berterusan
Sempena bulan yang penuh barakan ini
taupkanlah benang benang ukhwah di antara kita
semoga jalinan silaturahim berkekalan selamanya.

Ucapan dari McDonalds (iklan asal):

Semangat kekeluargaan yang tak pernah luntur.

Setelah sebulan berpuasa, kini Aidilfitri menjelang tiba. Kemeriahannya dapat dirasa dengan sambutan dan ikatan erat antara rakan dan keluarga.

Begitu juga dengan suasana perayaan di McDonald’s. Rakan sekerja diibarat keluarga kedua. Hubugan yang terjalin membawa keakraban yang penuh makna. Kemesraan ini turut dinikmati oleh tetamu yang kunjung tiba.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada keluarga McDonald’s.

Pantun raya dari Bata (iklan asal):

Berkasut baru ke rumah tetangga,
Cantik digaya ke mana saja,
Yang muda bertandang penuh susila,
Hormat yang tua bahagia sejahtera.

Pantun Raya dari NSTP (iklan asal):

Duit raya di dalam sampul,
Untuk diberi kepada Tok Wan,
Di Aidilfitri kita berkumpul,
Hulurkan tangan kita bermaafan.

Pantun Raya dari PTPTN  (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) (iklan asal)

Syawal mulia menjelang tiba
disambut ceria bersama keluarga tercinta
duit raya yang diterima….
usah menunggu…ayuh menyimpanlah kita

Ucapan dari Petronas (iklan asal):  Kudrat membawa berkat 

Pergorbanan yang tak ternilai hanya mampu dibayar dengan kejayaan.

(note: Even though the picture does not have many words, but the message speaks a thousand words. A pair of tired elderly hands sewing clothes to help support and bring up the children. Hence, we must never forget the sacrifice our parents made for us. Take good care of them with outmost gratitude and that would bring blessings into our lives) 

 Ucapan dari TM (Telekom Malaysia) (iklan asal):

Hari Raya bukan sekadar kemeriahan. Ianya juga tentang kesederhanaan dan keinsafan. Salam Aidilfitri.

Pantun Hari Raya from Jobstreet.com:

Bulan Ramadhan bulan yang diberkati,
Disambut dengan hati yang suci,
Hendak kirim kad tak sempat lagi,
Kiriman email jadi pengganti.

Mari bersama menyambut lebaran,
Memupuk perpaduan sesama kita,
Aidilfitri hari kemenangan,
Saling bermaafan dihari mulia.

View the complete compilation of Raya messages here.

 

If you like this post, say thanks by sharing it:

MORE FROM THIS SITE:

From my YouTube Channel:

Leave a Comment